tayangan gambar

Jumaat, 29 Oktober 2010

arnab x nak bagi anak minum susu

Assalamualaikum. Hari ni saya nak berkongsi cara untuk mengatasi masalah ini. Masalah Saudara Azlan, sering juga berlaku kepada pemilik arnab yang lain. Saya dulu pun macam ni juga.Dan sekarang pun masih ada lagi ibu2 yang tak nak bagi anak dia minum susu.

So ..bila lagi sekali arnab tu beranak..jangan tanggung risiko dengan membiarkan dia cuba susukan anak tu.Kita ambil bahagian dalam hal ni. Mula2 ambil anak2 tu dan masukkan dalam bekas yang sesuai.Jangan terlalu besar. Cukup bekas aiskrim (yang kosong le...) 1 liter tu. sebab kita nak kontrol suhu badan anak arnab ni.Tapi kalau anaknya banyak..guna bekas yang anaknya boleh gerak sikitlah.Lapik dengan tuala tangan di bahagian bawah(untuk serap air kencingnya).kemudian guna kain yang nipis..contohnya sapu tangan yang kita selalu dapat time kenduri tu atau reja kain.Tutup bahagian atas(selimut)Letakkan di tempat yang selamat dari pemangsanya( tikus, kucing dan  paling utama ...semut!)

Waktu malam/ petang lebih kurang pukul 7. ambil ibu.Letakkan siibu dalam bakul ytang berlapik suratkhabar..Pastikan siibu dah relaks... lepastu ..letakkan anak dia satu-satu dekat dengan  ibu.Kalau siibu tak relaks.. nanti di lompat sana-sini. Ini boleh mencederakan sianak.Anak akan masuk sendiri bawah perut ibunya untuk menyusu.

Untuk membantu siibu relaks...berikan lobak merah, atau sayur kegemarannya.So time dia makan tu..anaknya dapat menyusu.Buat juga macam ni pada waktu pagi.So maknanya dua kali sehari.

 Sewaktu anak menyusu..pantau..siibu..pastikan kakinya tidak terpijak mana-mana anaknya.Nanti anaknya akan mati lemas..jika berlaku..anda akan dapati anaknya seperti mati..lembik..terkulai dan berubah warna menjadi pucat. Jangan panik..jika sekejap sahaja ibu terpijak anaknya... anda boleh pulihkannya..berikan CPR..Macam manusia gak tapi tak perlu tekan kat jantung..cuma hembus di mulutnya dengan hembusan yang secukupnya.sahaja..jangan kuat.. nanti meletup anak arnab tu...Saya dah praktikkannya .Dalam 10  kejadian camni... 7 pulih .. yang 3biasanya  terlalu lama dipijak..InsyaAllah.. kita berusaha..cubalah..

anak arnab yang pulih tu akan mula gerakkan badan,warna berubah sediakala dan sibuk nak nyusu balik sebab tadi tak sempat he..hee..So waktu anda susukan anak arnab jangan tinggalkan..pantau...!

Selepas 10/14 hari anak arnab anda bolehlah di letakkan terus dengan siibu..sebab depa ni dah pandai cari ibunya..Ibu lari...depa ligan...he..he..Kalau anda tak letakkan dengan ibu..anak arnab akan kurus..sebab waktu ni depa nak menyusu dengan kerap.

Camna nak tentukan anak arnab dah kenyang..1..mereka akan tidur jika dah cukup menyusu..2.Di bahagian bawah perut nampak warna putih. Anak arnab selalunya kencing lepas menyusu...so jangan angkat depa lepas nyusu..nanti....he..heh..anda kena siram.tapi ada gak yang pasif sikit..so bila anda tengok yang dah buncit tu,,angkat dan masukkan semula dalam bekas mereka.Tinggal yang masih nak nyusu atau yang perutnya masih kempis.Jika anak yang tinggal (biasanya sekor je yang lembab sikit ni) tu masih tak kenyang..mgkn dia cari puting susu tak jumpa..,so letak siibu atas riba anda..terbalikkan...letak anak atas perut ibunya, berhati-hati..jangan sampai anda di cakar...atau anaknya ditendang..

Pilih puting susu yang terletak dekat kaki depannya..sebab biasanya bahagian ni lebih banyak susunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan