tayangan gambar

Jumaat, 31 Disember 2010

arnab cirit-birit?

Sebelum nak cerita pasal arnab , nak minta maaf dulu kat peminat arnab yang sering masuk blog saya ni. Ramai yang bertanya..tapi saya tak sempat nak jawab..sibuk sikit la ni..

Banyak punca arnab cirit. dari pengalaman saya, pertukaran jenis makanan, stress, mabuk tangan, air yang tercemar dan tangan pemilik yang tidak bersih ketika memegang arnab adalah punca arnab../.anak arnab cirit.

Biasanya anak arnab yang berumur 1 bulan hingga 2 1/2 bulan mudah kena serangan ini. So bila anda beli anak arnab..pastikan bulu di bahgian ekornya bersih. Jika comot...jangan beli . Pilih yang lain. Walaupun anda amat sukakan arnab tersebut(mgkn bulunya cantik/warnanya menarik) Biasanya arnab yang cirt , najisnya cair...berbau busuk...seolah-olah makanannya tidak dihadam dengan baik

Anak arnab selalunya stress bila kita pisahkan dari induknya. Jadi ..bila anda nak pisahkan anak arnab...jangan keluarkan anak arnab itu dari sangkarnya. Bawa ibunya keluar. so dia tak terasa sangat kehilangan ibunya.Selepas seminggu bolehlah arnab itu di pindahkan ke sangkar baru.

jika anda baru beli arnab ...biarkan ia dalam sangkarnya .Cubalah usap badannya sahaja tanpa perlu angkat arnab tersebut.Biar ia kenal anda dan semua ahli keluarga yang tinggal dalam rumah tu. Kalau anda dekat ..dia lari itu tandanya..ia belum menerima anda.Tapi kalau nampak je anda datang..ia dah berdiri meminta sesuatu...tandanya o.k lah tu...

Macam mana nak rawat cirit?..Selepas beli arnab..pergi klinik haiwan...minta ubat cirit.sediakan payung sebelum hujan..Bukan apa...cirit yang lama boleh menyebabkan kematian arnab. Jadi kalau dah ada ubatnya...anda boleh rawat segera arnab tersebut. Rawatan awal  menyelamatkan nyawa.Kadang -kadang arnab cirit pada hari minggu  so di mana kita nak dapatkan ubat? sebab tulah bersedia lebih awal.

Kalau anda manpu boleh gak pergi klinik haiwan yang swasta punya. Tapi tgk jugalah...kos rawatannya nanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan