tayangan gambar

Selasa, 28 September 2010

Cara nak matingkan arnab

Pastikan arnab kesayang anda dah matang.Biasanya 5 bulan ke atas untuk betina dan 6 bulan untuk pejantan.Kalau kecik sangat, sian kat dia..bila beranak je ...lintang pukang lari..geli...he..he.Lagi satu kualiti anak tak berapa elok.Ade je yang akan bantut,cacat dsbnya.Dah tu pastikan gak anda letakkan yang betina ke dalam sangkar pejantan...jgn sebaliknya...nanti anda kehilangan arnab jantan tu..Sebabnya arnab betina domain..so kira queen q le ni...cemburu bila ada orang lain mai rumah dia.Dia p rumah org tak pa lak..he..heh..Lepas tu tulis/catat le hari anda matingkan depa tu. Letakkan tarikhnye kat sangkar senang tengok.Lepas 25 hari ..anda bolehlah masukkan raga atau buat labour room kat ia.Lepas ia cabut bulu(untuk buat sarang)..jngn sesekali diganggu tempat yang dah disediakannye tu.Karang rajuknye panjang...mugkin anda akan kehilangan anak arnab baru anda.pastikan lepas mating(paling cepat 5 minit- sehari) anda bolehlah keluarkan yang betina dan masukkan ia ke dlm sangkrnye semula. Jngn biar lama-lama...nanti arnab anda boleh tercedera.Yelah...kalau asyik dok kejor 24 jam..mau mati letih berlari..apa pun arnab tak boleh stress.

Rabu, 8 September 2010

Pokok anggur

Pokok anggur yang berumur 2 tahun kat rumah ni berbuah lagi tahun ni. Mula ingat nak buat benih...tot..tot bila dah buang ranting..barulah nampak bunga dan buah.Ingat tak berbunga lagi. Apa pun dah buang ,rantingnya tu saya buat benih.Semai semula. Bila keluar je pucuk baru...terus ada bunga..memang le waktu tu pokok ni nak berbunga..Jadi dapat lebih kurang 100 pokok. Banyak dah yang di jual.Nursery2 pun ambil jual kat tempat diaorang. So kalau ada sesiap yang berminat nak tanam anggur , boleh dapatkan dari saya. Harga cuma RM15 satu polibeg.Tgk la  gambar kat sebelah ni. dah ada bungakan?

Arnab untuk dijual bulan September/9

Bulan ni pengeluaran anak arnab agak banyak. Yang dah berumur sebulan ada 40 ekor lebih.Pelbagai jenis/baka. Jadi sapa-sapa yang berminat tu boleh call 017-5168984 .Kira sapa cepat dapatlah no..Ni gambar sebahagian daripada anak-anak arnab tu.

Ahad, 5 September 2010

Dua ekor persian yang nakal

Nama yang kelabu tu King.Yang oren tu Pit-Bull .. Budak-budak le yang bagi nama ,ikut kerektor waktu kecik dulu
<>
Kucing parsi ni nampak macam baik je...tapi..kalau dapat keluar dari rumah.. laju je dia lari..Tu yang dok kurung dalam rumah tu.Takut hilang... Oleh sebab 2..dua jantan so saya nak jual ajelah..Pitbull..makayah dia parsi tapi King tu mak parsi..bapa pula Birman.Depa ni dah umur 3 bulan.Sapa-sapa nak minang..boleh la call saya.

Pemangsa

Pagi tadi sekor anak arnab hilang dari sangkarnya.Puas cari..tiba-tiba sekor kucing lari lintang pukang sambil menggigit sesuatu. Bila dilihat ...rupa anak arnab yang hilang tu dah ditangkap dek kucing liar tu.Hu..huu sedih betul tengok ia ronta-ronta nak lepaskan diri..tapi kucing tu terus bawa lari.Kejar dan baling ngan kayu pun dia buat deeek je..geram betul..Nak marah kucing tu pun..ia haiwan..Rezeki ia lah..tapinya kalau tak nampak tadi ..tak lah rasa sedih sangat.hu..huu..huu..Ni le gambar anak arnab tu..kiut kan?

Sabtu, 4 September 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Dah tak berapa lama lagi nak raya.Hari raya pertama dan kedua ni  banyaklah arnab kat Changlun Rabbit Valley akan beranak. Saya matekan hari tu pada 11 dan 12/8 so tarikh 11dan12/9 tu memang time dia la tu.Nampaknya tak boleh le tinggal kandang lama-lama.Paham-paham ajelah ada yang tak berapa gheti nak jaga anak.Jadi pada kawan-kawan  saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Aktiviti

Jualan car boots di Stadium Darulaman pada 2/10/2010 (sabtu)
dari pagi hingga petang.

Lop ear rabbit

Arnab ini mempunyai permintaan yang tinggi
di pasaran.Rupa yang kiut menarik hati peminat
arnab untuk memilikinya.
Terdapat English Lop Ear ,Fuzzy Lop Ear serta
English Lop.

Arnab Anggora Rabbit


Arnab angora(Angora Rabbit) merupakan
baka arnab yang mempunyai bulu yang panjang
dan tebal.Terdapat pelbagai jenis arnab angora.
English Angora-berbulu tebal,padat dan bulu
memenuhi telinga.
Satin Anggora-berbulu panjang,kurang padat,
bulunya berkilat dan hanya mempunyai bulu yang
nipis dibahagian telinga.